Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

SAKSIKANLAH KEHEBATAN CIPTAAN TUHAN DI BUMI YANG TIADA BERPENGHUNI.

1. Dry Valleys (Antartica)


Memiliki permukaan tanah yang bertabur dengan kerikil tandus, tempat ini boleh dikatakan permukaan Bumi yang paling mirip dengan planet Marikh. Pemandangan alam yang sangat mempesonakan. Tempat ini terletak di Victoria Land, bahagian barat McMurdo Sound.






Hampir tidak ada hujan salji di sini melainkan hanya beberapa batu2 curam yang diselaputi ais. Tanah lapang ini kelihatan bukan seperti yang ada di bumi ini umumnya.

Di sini juga memiliki keunikan tersendiri iaitu tasik yang membeku bertahun2 lamanya dengan ketebalan ais beberapa meter. Dibawah ais tersebut memiliki air yang memiliki kadar garam yang sangat tinggi yang dihuni oleh makhluk hidup / organisme halus dan misteri.

2. Socotra Island (Indian Ocean)

Pulau yang berada di wilayah negara Yaman ini adalah pulau terpencil yang didiami sekitar 40.000 orang. Nama Socotra itu sendiri diambil dari bahasa Sanskrit yang ertinya, Pulau Kebahagiaan. Banyak pokok dan tumbuhan di pulau ini termasuk dalam kategori flora endemis, yang ertinya tidak akan pernah ditemui di tempat lain di dunia selain di Pulau Socotra. Bahkan ada beberapa jenis yang ditaksirkan telah mencapai usia 20 juta tahun, wallahu a'lam.







Beberapa alasan Pulau Socotra tidak dijadikan tarikan pelancongan walaupun keindahan alamnya sangat menarik :

* Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya boleh mencapai 40 darjah celcius.

* Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi kelestariannya, di mana hampir tidak ada langsung jalan raya. Satu-satunya jalan raya yang ada di sana, baru dibangunkan sekitar 2 tahun lalu, itu pun dengan perjanjian yang sangat ketat antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.

* Agar tidak banyak pelancong yang datang ke Pulau Socotra, agar keindahan semulajadi Pulau Socotra itu tetap terjaga , tiada hotel atau tempat istirehat yang disediakan di sana seolah-olah kedatangan anda tidak dialu-alukan.




Akhirnya, mungkin pulau Socotra memang bukan tempat pelancongan yang tepat dan nyaman. Malahan lebih baik jika pulau ini tidak terlalu banyak dilawati oleh manusia, yang mengakibatkan habitat aslinya tercemar. Cukuplah kita mengagumi keanehan pulau ini melalui gambar-gambar yang saya rakamkan ini sahaja.

3. Rio Tinto (Spain)

Tempat ini sungguh menakjubkan.Landskapnya mirip seakan-akan di bulan. Memang indah kalau melihatnya dalam gambar, tapi sebenarnya tempat ini menyimpan HAZARD yang tersendiri. Rio Tinto sebuah wilayah di Spanyol ini, merupakan kawasan perlombongan yg sangat luas meliputi gunung dan lembah sehingga penduduk yang mendiami daerah tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat lain, iaitu sebuah penempatan baru yang dibangunkan untuk penduduk, tak jauh dari sana.






Kawasan lombong Rio Tinto ini memang sudah tidak boleh didiami lagi, seolah-olah tak ada sumber kehidupan lagi. Air yg merupakan sumber kehidupan sudah tercemar berat, berwarna kemerahan dengan tahap keasidan yg sangat tinggi PH 1.7-2.5, sedangkan PH normal adalah 7. Kandungannya sarat dengan toksid yang tinggi.

4. Kliluk, the Spotted Lake (Canada)

Ketika musim panas, air Tasik Spotted yang terletak di Kanada, antara Columbia Inggris dan Washington, mengering sehingga memperlihatkan isi dari tasik yang mengandungi berbagai jenis lombong. Tasik ini disebut- sebut sebagai tempat paling tinggi kandungan bahan kimia seperti magnesium sulphate , kalsium dan sodium sulphate, juga perak dan titanium.Kononnya, berendam di tasik ini akan menyebuhkan banyak penyakit.





5. Salar de Uyuni (Bolivia)

Salar de Uyuni Bolivia barangkali salah satu tempat yang memiliki pemandangan menakjubkan di dunia.Gurun garam terbesar di dunia, gunung berapi tertinggi, serta sumber air panas yang terkenal. Semuanya membuat daerah ini seperti tempat aneh, seolah kita tidak berada di bumi.





6. Vale da Lua (Brazil)

Vale da Lua (Moon Valley) merupakan kolam renang semulajadi yang terbentuk akibat hakisan air. Sayangnya, belum banyak maklumat diperolehi tentang tempat ini..


7. Blood Pond Hot Spring (Japan)

Blood Pond Hot Spring adalah salah satu dari sembilan "neraka" (jigoku) Beppu, Jepun. Sumber air panas yang berwarna merah dengan suhu yang amat panas. Tinggi kandungan besinya.


8. The Stone Forest (China)



Shilin dalam bahasa China adalah hutan batu. Ciptaan ALLAH yang sangat indah dan mempesonakan. Sangat menakjubkan, dan artistik. Hutan batu ini dikenali semenjak Dinasti Ming dan disebut sebagai Keajaiban Pertama di Dunia.



9. The Richat Structure (Mauritania)
Salah satu tempat paling mempesonakan di Mauritania, bahagian barat-daya Gurun Sahara. Sangat luas, kalau dilihat dari udara, seperti lubang raksasa yang diameternya mencapai 30 batu. Kononnya, lubang itu akibat meteorit yg jatuh ke bumi. Namun para pengkaji yakin,ia terjadi akibat hakisan. Namun sehingga kini, ia belum terbongkar, bagaimanakah terhasil bentuknya yang berputar-putar itu.




10. Eisriesenwelt Ice Caves (Austria)

Gua batu ais ini sangat luar biasa, lain dari yg lain yang terdapat di seluruh dunia.Terasa suatu keanehan menyelip ke jiwa ketika masuk ke sini. Seolah-olah kita berada di planet lain. Ada banyak gua ais di seluruh dunia, tetapi Eisriesenwelt Ice Caves di Austria paling besar dan paling popular. Ia terletak di Tennengebirge Mountains,berhampiran Salzburg.





TIADA APA YANG HENDAK DITAKJUBKAN JIKA KITA MENGAITKAN SEGALA-GALANYA DENGAN KUASA ALLAH YANG MAHA MENCIPTA.....SUBHANALLAH.....

p/s:
sesiapa yang berminat mengikut pakej lawatan ketempat-tempat di atas sila hubungi saya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan