Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

SAKSIKANLAH KEHEBATAN CIPTAAN TUHAN DI BUMI YANG TIADA BERPENGHUNI.

1. Dry Valleys (Antartica)


Memiliki permukaan tanah yang bertabur dengan kerikil tandus, tempat ini boleh dikatakan permukaan Bumi yang paling mirip dengan planet Marikh. Pemandangan alam yang sangat mempesonakan. Tempat ini terletak di Victoria Land, bahagian barat McMurdo Sound.






Hampir tidak ada hujan salji di sini melainkan hanya beberapa batu2 curam yang diselaputi ais. Tanah lapang ini kelihatan bukan seperti yang ada di bumi ini umumnya.

Di sini juga memiliki keunikan tersendiri iaitu tasik yang membeku bertahun2 lamanya dengan ketebalan ais beberapa meter. Dibawah ais tersebut memiliki air yang memiliki kadar garam yang sangat tinggi yang dihuni oleh makhluk hidup / organisme halus dan misteri.

2. Socotra Island (Indian Ocean)

Pulau yang berada di wilayah negara Yaman ini adalah pulau terpencil yang didiami sekitar 40.000 orang. Nama Socotra itu sendiri diambil dari bahasa Sanskrit yang ertinya, Pulau Kebahagiaan. Banyak pokok dan tumbuhan di pulau ini termasuk dalam kategori flora endemis, yang ertinya tidak akan pernah ditemui di tempat lain di dunia selain di Pulau Socotra. Bahkan ada beberapa jenis yang ditaksirkan telah mencapai usia 20 juta tahun, wallahu a'lam.







Beberapa alasan Pulau Socotra tidak dijadikan tarikan pelancongan walaupun keindahan alamnya sangat menarik :

* Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya boleh mencapai 40 darjah celcius.

* Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi kelestariannya, di mana hampir tidak ada langsung jalan raya. Satu-satunya jalan raya yang ada di sana, baru dibangunkan sekitar 2 tahun lalu, itu pun dengan perjanjian yang sangat ketat antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.

* Agar tidak banyak pelancong yang datang ke Pulau Socotra, agar keindahan semulajadi Pulau Socotra itu tetap terjaga , tiada hotel atau tempat istirehat yang disediakan di sana seolah-olah kedatangan anda tidak dialu-alukan.




Akhirnya, mungkin pulau Socotra memang bukan tempat pelancongan yang tepat dan nyaman. Malahan lebih baik jika pulau ini tidak terlalu banyak dilawati oleh manusia, yang mengakibatkan habitat aslinya tercemar. Cukuplah kita mengagumi keanehan pulau ini melalui gambar-gambar yang saya rakamkan ini sahaja.

3. Rio Tinto (Spain)

Tempat ini sungguh menakjubkan.Landskapnya mirip seakan-akan di bulan. Memang indah kalau melihatnya dalam gambar, tapi sebenarnya tempat ini menyimpan HAZARD yang tersendiri. Rio Tinto sebuah wilayah di Spanyol ini, merupakan kawasan perlombongan yg sangat luas meliputi gunung dan lembah sehingga penduduk yang mendiami daerah tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat lain, iaitu sebuah penempatan baru yang dibangunkan untuk penduduk, tak jauh dari sana.






Kawasan lombong Rio Tinto ini memang sudah tidak boleh didiami lagi, seolah-olah tak ada sumber kehidupan lagi. Air yg merupakan sumber kehidupan sudah tercemar berat, berwarna kemerahan dengan tahap keasidan yg sangat tinggi PH 1.7-2.5, sedangkan PH normal adalah 7. Kandungannya sarat dengan toksid yang tinggi.

4. Kliluk, the Spotted Lake (Canada)

Ketika musim panas, air Tasik Spotted yang terletak di Kanada, antara Columbia Inggris dan Washington, mengering sehingga memperlihatkan isi dari tasik yang mengandungi berbagai jenis lombong. Tasik ini disebut- sebut sebagai tempat paling tinggi kandungan bahan kimia seperti magnesium sulphate , kalsium dan sodium sulphate, juga perak dan titanium.Kononnya, berendam di tasik ini akan menyebuhkan banyak penyakit.





5. Salar de Uyuni (Bolivia)

Salar de Uyuni Bolivia barangkali salah satu tempat yang memiliki pemandangan menakjubkan di dunia.Gurun garam terbesar di dunia, gunung berapi tertinggi, serta sumber air panas yang terkenal. Semuanya membuat daerah ini seperti tempat aneh, seolah kita tidak berada di bumi.





6. Vale da Lua (Brazil)

Vale da Lua (Moon Valley) merupakan kolam renang semulajadi yang terbentuk akibat hakisan air. Sayangnya, belum banyak maklumat diperolehi tentang tempat ini..


7. Blood Pond Hot Spring (Japan)

Blood Pond Hot Spring adalah salah satu dari sembilan "neraka" (jigoku) Beppu, Jepun. Sumber air panas yang berwarna merah dengan suhu yang amat panas. Tinggi kandungan besinya.


8. The Stone Forest (China)



Shilin dalam bahasa China adalah hutan batu. Ciptaan ALLAH yang sangat indah dan mempesonakan. Sangat menakjubkan, dan artistik. Hutan batu ini dikenali semenjak Dinasti Ming dan disebut sebagai Keajaiban Pertama di Dunia.



9. The Richat Structure (Mauritania)
Salah satu tempat paling mempesonakan di Mauritania, bahagian barat-daya Gurun Sahara. Sangat luas, kalau dilihat dari udara, seperti lubang raksasa yang diameternya mencapai 30 batu. Kononnya, lubang itu akibat meteorit yg jatuh ke bumi. Namun para pengkaji yakin,ia terjadi akibat hakisan. Namun sehingga kini, ia belum terbongkar, bagaimanakah terhasil bentuknya yang berputar-putar itu.




10. Eisriesenwelt Ice Caves (Austria)

Gua batu ais ini sangat luar biasa, lain dari yg lain yang terdapat di seluruh dunia.Terasa suatu keanehan menyelip ke jiwa ketika masuk ke sini. Seolah-olah kita berada di planet lain. Ada banyak gua ais di seluruh dunia, tetapi Eisriesenwelt Ice Caves di Austria paling besar dan paling popular. Ia terletak di Tennengebirge Mountains,berhampiran Salzburg.





TIADA APA YANG HENDAK DITAKJUBKAN JIKA KITA MENGAITKAN SEGALA-GALANYA DENGAN KUASA ALLAH YANG MAHA MENCIPTA.....SUBHANALLAH.....

p/s:
sesiapa yang berminat mengikut pakej lawatan ketempat-tempat di atas sila hubungi saya...



Isnin, 23 November 2009

Ahad, 22 November 2009

KIAMAT 2012 ?

" Berusahalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari"

- Peganglah sungguh-sungguh pesan Junjungan kita ini untuk menghadapi persoalan di atas.


Saya amat terpanggil untuk membicarakan isu ini kerana ia seolah-olah dibiarkan sahaja tanpa panduan atau komen dari pihak yang berautoriti. Awas, kerana isu sebegini jika dibiarkan, apabila tiba masanya akan meledak tidak tertampung untuk kita tangani, akibat dan kesan yang boleh meresap ke jiwa dan minda anak-anak kita.

Hayatilah artikel di bawah ini dan fahamilah bahawa jarum-jarum halus Yahudi wa Nasara sentiasa membelit kita dari segenap pelusuk nadi dan denyut kita yang masih tersisa ini.


Bangsa Maya, yang pernah hidup di selatan Mexico atau Guatemala, sangat terkenal kemampuannya dalam ilmu astronomi dan matematik. Bangsa pertama yang menggunakan angka sifar (0) ini meramalkan bahwa pada tarikh 21 Disember 2012 akan menjadi akhir peradaban umat manusia. Mereka menjangka pada tarikh tersebut akan muncul gelombang galaksi besar yang mengakibatkan terhentinya semua kegiatan di muka bumi ini, yang akan mengancam keseimbangan mekanisme gerakan bumi dan jasad semua makhluk, termasuk manusia.

Sementara itu, berdasarkan pemantauan pusat kaji cuaca antarabangsa di beberapa negara sejak tahun 1960-an dan Indonesia oleh Lapan sejak tahun 1975, dijangkakan akan muncul flare dan Coronal Mass Ejection (CME). Flare adalah ledakan besar di atmosfera Matahari yang dayanya setara dengan 66 juta kali ledakan bom atom Hiroshima. Sedangkan CME adalah ledakan sangat besar yang menyebabkan lontaran partikel berkecepatan 400 kilometer sesaat. Sehingga, tenaga yang mengalir ke bumi dari titik pusat bimasakti akan sangat terganggu pada 21 Disember 2012, tepatnya pada jam 11.11 malam, dan akan menyebabkan kerosakan kecil pada putaran bumi.

Namun banyak orang menyangkal ramalan bangsa Maya tersebut, diantaranya adalah profesor Antropologi dari Brown University, Stephen Houston, "Ramalan itu tidak benar dan tidak ada dasar sama sekali. Penggambaran bangsa Maya tidak pernah menyebut hal ini. Memang kalendar akan berakhir, tapi mereka mengulangi kembali tanpa adanya bencana alam sekali." Apolinario Chile Pixtun, tetuan Indian Maya juga menempelak ramalan kiamat tersebut. Pihak NASA pun membantah kenyataan kiamat bakal terjadi tahun 2012.

Sementara itu, Daniel Pinchbeck memanfaatkan situasi dengan mengangkat isu kiamat tahun 2012 itu kedalam bukunya berjudul The Return of Quetzalcoati. Sony pun menghasilkan filem bertajuk 2012 oleh Roland Emmerich. Pihak Sony kemudian menjadikan I. Human Continuity (IHC), sebagai wadah mempromosikan filem tersebut. Hasilnya menjadikan ramalan itu begitu hidup sehingga menimbulkan panik sesetengah pihak.

Jika memang ramalan bangsa Maya atau jangkaan lembaga kaji cuaca antarabangsa itu benar, bererti waktu kita hanya sekitar 3 tahun. Apa yang dapat kita lakukan dan capai dalam waktu 3 tahun? Kepanikan jelas ada jika kita selalu dimanjakan kehidupan dunia dan belum memberi atau melakukan sesuatu yang berharga kepada orang lain.

Saya sendiri berpendapat bahwa ramalan kiamat tahun 2012 itu, adalah jarum-jarum halus yang boleh menggoncang iman kepada mereka yang tidak kukuh imannya. Sebab, kematian adalah satu hal yang pasti terjadi pada mahkluk hidup di bumi ini. Kedatangan dan sebab kematian itu sendiri tak pernah dapat kita jangkakan atau tunda dan hanya akan menjadi rahsia Allah Yang Maha Mengetahui.

Kita semua pasti faham begitu penting menyelesaikan hutang janji-janji. Bukankah kita semua sangat berharap seluruh pemimpin di dunia ini memenuhi janji-janji mereka ketika berkempen? Andaikata seluruh manusia, termasuk pejabat perwakilan rakyat dan pemerintahan, selalu memenuhi janji, betapa indah dunia yang kita diami ini.

Meningkatkan rasa syukur kepada Allah juga perbuatan baik dan sangat penting. Tak peduli kaya atau miskin, sihat atau sakit, dan lain-lainnya, kehidupan kita ini adalah anugerah yang luar biasa. Bila setiap nafas kita selalu dipenuhi rasa syukur yang luar biasa, maka hati akan lebih tenang dan semangat kita juga akan lebih besar untuk melakukan yang terbaik samada keluarga, lingkungan hidup & sosial, pekerjaan, malahan untuk beribadah kepada Allah.

Perbuatan baik lainnya adalah menjaga keharmonian alam, termasuk menjaga kebersihan dan menanam pohon. Bayangkan bila seluruh manusia di dunia bersatu padu dan aktif melakukan tindakan untuk menyayangi bumi, insyaAllah keadaan bumi ini di masa datang menjadi lebih baik.
Sebab setiap kebaikan yang kita kerjakan pasti kembali memberi kita kebaikan, termasuk kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dan keyakinan menghadapi masa depan.

So be the best, do the best, and let Allah takes care the rest. Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, dan serahkan segalanya kepada Allah. Ingatlah, tiada suatu pengetahuan pun mengenai kiamat selain dari Allah, Khalik alam semesta ini. MasyaAllah. Subhanallah.Jazakallah.

____

Khamis, 19 November 2009

AWAS ! BAHANA PANADOL !!!

Salam Sejahtera & السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PANADOL MERBAHAYA! JANGAN AMBIL PANADOL & ACTIFAST / SOLUBLE LAGI!!!

(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN!

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…...........

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. .

Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelanterlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang
berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Akhir kalam, Lu Pikirlah Sendiri!!!

Sumber : e-mail dari seorang kawan.

UPSR KELUAR HARI INI...........


Untuk adik adik yang mendapat keputusan
cemerlang pada hari ini


TAHNIAH ................5A..................


Sementara yang lain tu jangan putus asa. Cuba lagi lain kali. Ini baru permulaan. 5A bukan segala galanya tapi kalau dapat, syok jugak yek. Untuk menyedapkan hati bagi yang hanya mendapat 2A 3B, boleh lah dikatakan kurang bernasib baik kerana kurang 3 markah lagi untuk mendapat 5A. Kenape pulak? Ye lah kalau dah setiap subjek kurang satu markah lagi nak dapat A, 3B bermaksud kurang 3 markah je berbanding kawan kawan yang dapat 5A, ye tak. Tu sebab yang 5A jangan over suka dan yang tak dapat tu jadikan sebagai peringatan. Yang penting teruskan usaha.
La Tahzan.......Jangan Bersedih..............

Rabu, 18 November 2009

Mengapa Yahudi Bijak? Hayatilah Artikel Ini Untuk Anak-Anak Kita

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Why Jews so Smart? Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik
sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan
untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh
fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun
yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi(ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?

Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah
mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Selasa, 17 November 2009

Lampu Garam Bukit Semulajadi


Rahsia kesihatan semulajadi yang semakin dilupakan. Bayangkan bagaimana nyamannya suasana sebegini menghiasi ruang tamu dan bilik tidur rumah anda. KHASIATNYA ? TUNGGU..............

Pelancaran blog tempeh goreng

Blog yang dibangunkan ini adalah dibina semata mata dgn niat berkongsi pengalaman dan ilmu sesama kita. Selalulah melawat blog ini dan berikan sokongan.